Friday 17 January 2014

Pengenalan e-SMU

Apa itu e-SMU? e-SMU membawa maksud pangkalan data sistem maklumat integriti struktur-struktur JPS yang terdapat di semenanjung Malaysia. Terdapat lebih dari 400 struktur dibawah seliaan JPS yang perlu dipantau bagi tujuan penyelengggaraan atau baikpulih struktur yang didapati bermasalah.

Keperluan utama bagi pembangunan e-SMU adalah maklumat atau data. Bagi memastikan maklumat yang diperlukan sahaja dikumpul, jawatankuasa e-SMU telah memutuskan satu format borang yang akan digunapakai dalam melaksanakan proses ini. Borang ini akan diedarkan ke setiap negeri untuk dicatatkan mengikut item-item yang dinyatakan didalam format borang tersebut.

Borang Maklumat Struktur ini adalah untuk menilai integriti serta status kerosakan secara visual, untuk memahami masaalah yang dihadapi, serta mendapatkan segala maklumat selengkapnya bagi menilai Indeks Integriti serta memberikan pilihan cadangan untuk membantu pihak berkaitan membuat keputusan seterusnya. Penilaian yang dilakukan mendapati beberapa perkara boleh dirumuskan tindakan sewajarnya.


No comments:

Post a Comment